.jpg)
Bujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman.
Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda (Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan burger tidak berbayar.

Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilan yang "rugged". Bujang mendendangkan lagu "Rupa Tanpa Wajah" secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez.Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty , seorang wartawan hiburan.
Bujang yang tiada mendapat peluang menjadi artis rakaman telah didorong oleh Brader Joe supaya membuat persembahan secara terbuka "basking" di kaki lima bangunan-bangunan. Biasanya dia ditemani oleh Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku.Mereka adakalanya dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis.dR Sam dan Neeruam , juga pengusaha syarikat rakaman turut mencari-cari bakat baru untuk diketengahkan.......
WATCH FULL MOVIE