Kembara Seniman Jalanan adalah sebuah filem Malaysia yang diarahkan oleh
Nasir Jani dan
M.Nasir selaku penulis skrip. Filem yang ditayangkan kepada umum pada Februari 1986 ini telah dibintangi oleh
M.Nasir sendiri
Bujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak
sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian
Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa.
Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa
Osman.
Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda
(Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio
rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera
yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan
burger tidak berbayar.

Sesampai di studio rakaman , Bujang terpaksa menunggu lama dan
disuruh pulang dan datang semula esok harinya oleh En Johan kerana
alasan sibuk dan tidak mahu melayan Bujang. Bujang berjumpa semula
dengan Osman selepas itu di gerai Brader Joe. Bujang nampak Osman ada
disitu dan terus menyerang Osman tetapi berjaya di halang oleh Brader
Joe dan Siso. Kemudian Osman memohon maaf dan mengajak Bujang tinggal
bersama di rumah "tinggal" di ibu kota.
Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba
giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan
kerana penampilan yang "rugged". Bujang mendendangkan lagu "Rupa Tanpa
Wajah" secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan
menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar
bernama Fareez.Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty , seorang
wartawan hiburan.
Bujang yang tiada mendapat peluang menjadi artis rakaman telah
didorong oleh Brader Joe supaya membuat persembahan secara terbuka
"basking" di kaki lima bangunan-bangunan. Biasanya dia ditemani oleh
Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku.Mereka adakalanya
dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis.dR Sam dan Neeruam ,
juga pengusaha syarikat rakaman turut mencari-cari bakat baru untuk
diketengahkan.......
WATCH FULL MOVIE